Monday 16 November 2015

Scholionophobia - Fobia Sekolah



Fobia sekolah adalah ketakutan yang luar biasa untuk berada di sekolah. Ketakutan ini tidak rasional, sehingga tidak mungkin dilayan dengan keterangan bahawa tidak ada yang perlu ditakuti di sekolah. Fobia kerana sekolah merupakan sebuah bentuk kecemasan yang tinggi terhadap sekolah. Beberapa anak mungkin memendam rasa takut yang berlebihan dalam menjalani hari-harinya di sekolah. Terutama pada hari-hari pertama mereka.
Dalam kebungkamannya kita mungkin tidak tahu bahawa selama ini ia mengalami hal-hal yang kurang menyenangkan di sekolah. Selain takut pada persekitaran sekolah seperti takut ke bilik mandi, takut pada guru, anak - anak seperti ini biasanya juga selalu menjadi sasaran kenakalan rakan-rakannya. Mereka tidak dapat melindungi diri sendiri dari anak lain yang lebih besar, kuat dan berpengaruh diantara teman-temannya. Akibatnya anak akan menderita, punya percaya diri yang rendah dan kemurungan. Nilai akademiknya akan berjalan lambat tidak selaras dengan pertumbuhan fizikalnya.
            Kesan fobia sekolah pada anak, anak akan merasa tertekan ketika akan berangkat sekolah. Hal ini tentu saja akan berpengaruh pada psikologi anak. Anak akan sukar berinteraksi dengan persekitaran sekolah yang dikhuatiri anak tidak dapat bersosial pada lingkungan yang lebih besar. Anak yang sering tidak berangkat sekolah tentu saja akan memberi kesan pada prestasi akademik. Anak ketetinggalan pelajaran yang diberikan oleh guru yang membuat anak kesulitan ketika akan menghadapi ujian. Hal yang terjadi adalah mungkin saja anak akan tinggal kelas kerana dianggap belum mampu meneruskan ke peringkat seterusnya.
            Kesan yang lebih besar adalah ketika fobia sekolah ini tidak ditangani dengan baik, dan anak tetap merasakan tekanan dan kebimbangan yang besar pada dirinya. Yang berlaku anak mula menyakiti dirinya sendiri serta melakukan aksi bunuh diri yang menandakan anak begitu mengecewakan pada keadaannya. Antara penyebabnya fobia sekolah ialah kerana anak mengalami separation anxiety. Bagi mereka, sekolah bermakna pergi dari rumah untuk jangka masa yang cukup lama. Anak terlalu bersandar dengan keluarga, terlalu terikat pada rumah. Mereka tak hanya akan merasa rindu terhadap ayah ibu atau pun mainan beliau, tetapi juga cemas menghadapi cabaran. Pencetus lain anak mengalami pengalaman negatif di sekolah dan tekanan di dalam rumah, seperti ayah ibu sering bertengkar sehingga menganggu tumpuan belajar.

            Secara umum, fobia adalah rasa ketakutan kuat (berlebihan) terhadap suatu benda, keadaan, atau kejadian, yang menyebabkan pelakunya berusaha untuk menjauhi sesuatu yang ditakuti itu. Kalau sudah parah, penderitanya boleh diserang panik saat menghadapi hal yang dia takutkan. Sesak nafas, jantung berdegup kencang, peluh dingin, gigil, bahkan sampai tidak boleh menggerakkan badannya. Ibubapa, guru, dan orang dewasa seharusnya lebih peka dan mengetahui mengenai gerak-gerik anak agar dapat memantau perkembangan anaknya.

Monday 9 November 2015

Penyakit Mental

      


         Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi. Penyakit mental bukanlah hanya sejenis penyakit sahaja. Ia terdiri dari berbagai kategori penyakit. Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu Neurosis, Schizophrenia dan kecelarauan personaliti.
       Mereka yang tergolong di dalam kumpulan neurosis lazimnya mengalami perubahan dan gangguan di dalam pemikiran, perasaan dan kelakuan tanpa menjejaskan kewarasan mereka. Selain itu, individu yang mengalami penyakit neurosis selalunya sedar akan keadaan kesihatan mereka. Fungsi harian mereka mungkin terganggu sedikit. Antara contoh penyakit neurosis adalah seperti kemurungan dan kebimbangan.
            Namun begitu, bagi mereka yang mengalami penyakit psikosis, mereka mengalami perubahan yang amat ketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku mereka. Kewarasan mereka juga terjejas. Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka. Ia dikenali sebagai halusinasi. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh orang lain dan menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan. Ia dipanggil delusi. Antara contoh delusi ialah mereka merasakan seakan-akan ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara membahayakan.
            Secara asasnya, kecelarauan personaliti membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau karakter. Masalah yang dialami ini boleh memberi kesan kepada perhubungan interpersonal dengan orang di sekelilingnya.
            Namun begitu, dengan adanya kemajuan dalam bidang perubatan moden, masalah mental boleh dirawat. Kini, terdapat banyak penemuan ubat-ubat yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental. Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa sebelum kesan positifnya boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat secara konsisten amat digalakkan. Selain ubat psikotropik pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan cara kerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.



Kenali Diriku

          Nama diberi, Nur Munirah Binti Mazzuki yang membawa maksud cahaya yang bersinar (menerangi). Saya berusia 21 tahun dan merupakan salah seorang mahasiswi Kolej Teknologi Alpha jurusan Sarjana Muda Komunikasi (UUM). Dilahirkan di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pada 19 Jun 1994 dan menetap serta dibesarkan di Sentul, Kuala Lumpur. Saya merupakan salah seorang anak kepada Mazzuki Bin Mat Dom dan Nor Aishah Binti Mat Saad. Saya telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul dan Sekolah Rendah Agama Sentul Pasar. Seterusnya, saya ditawarkan untuk menyambung pengajian di salah sebuah asrama harian di Kuala Lumpur iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali untuk menengah atas dan menamatkan SPM dengan keputusan yang memberangsangkan.
            Alhamdulillah saya dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia. Saya amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah melengkapkan kehidupan saya dengan kehadiran insan yang bergelar keluarga. Saya merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik perempuan. Ayah dan ibu yang saya gelarkan sebagai Mama dan Papa merupakan antara individu yang amat saya sayangi dan hormati sepanjang hidup saya. Mereka merupakan individu yang sanggup melayan kerenah saya serta tidak pernah jemu untuk menasihati serta mendoakan kejayaan saya di dunia dan akhirat.
            Saya mempunyai dua orang adik perempuan iaitu masing-masing berusia 17 tahun dan 12 tahun. Kami telah diberi didikan yang baik oleh kedua ibu bapa kami. Walaupun saya jarang berada dirumah kerana kekangan masa dan tempat belajar yang agak jauh dari rumah; Namun kami sekeluarga sangat rapat. Sekiranya ada masa terluang, kami akan melancong dan bercuti bersama. Mama adalah tempat untuk bercerita dan mengadu manakala, papa pula menjadi teman untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran. Adik-adik pula menjadi rakan berbual.

            Saya merupakan seorang individu yang tidak kenal erti putus asa. Saya yakin bahawa saya akan dapat melakukan yang terbaik dalam apa jua tugas yang dilakukan sekiranya setiap tugasan dilaksanakan dengan cara yang betul dan disertai dengan usaha yang gigih. Selain itu, doa dari insan tersayang turut menjadi pendorong sesebuah kejayaan. Saya mempunyai pegangan bahawa setiap usaha yang disulami dengan doa dan iltizam yang tinggi akan membuahkan hasil dengan izin-Nya. Insya Allah.